Breaking News
recent

Kepentingan Minum Air Suam Kekal Sihat Cantik Memelihara Melancarkan Fungsi Dalaman Badan

air merupakan unsur yg sangat penting utk memastikan kelancaran fungsi tubuh. kekurangan air boleh menyebabkan berlakunya dehidrasi yg akhirnya mengganggu peredaran darah dalam badan, otak menjadi kurang aktif, badan menjadi letih & lesu, penyaluran bekalan oksigen akan terganggu.

Di sini saya kongsikan manfaat minum air suam :-

Air Suam Singkir Toksin
  • Makanan yg dimakan, udara yg disedut & solekan pada wajah boleh menyebabkan badan mengumpul toksin. Apatah lagi jika seseorang itu merokok. Cara termudah utk mengeluarkan toksin dari badan ialah dengan minum air suam. Toksin akan mudah dikeluarkan melalui perpeluhan & sistem pembuangan.


Air Suam Membantu Fungsi Buah Pinggang
  • Buah pinggang bekerja sepanjang hari utk membersihkan air yg diminum. Bayangkan bila kita minum air kopi yg berwarna hitam. Perhatikan apabila membuang air kecil, cecair yg dikeluarkan bukan berwarna hitam, sebaliknya lebih jernih daripada itu! Ke mana warna itu pergi? Ini menunjukkan buah pinggang telah membersih & menapis air kopi tadi. Betapa kuatnya buah pinggang kita bekerja! Minum banyak air suam boleh membantu meringankan tugas buah pinggang. Tanpa air suam, buah pinggang perlu bekerja lebih keras & cepat merosakkan organ penting tersebut.

Air Suam Melembutkan Kulit
  • Minum banyak air suam dapat membantu melembutkan kulit tubuh. Air suam ibarat losen dari dalam tubuh utk memberikan kulit yg lembut serta mulus. Orang yg kurang minum air suam mudah mendapat masalah kekeringan kulit sehingga akhirnya kulit kelihatan tua sebelum waktunya.

Air Mencerdaskan Otak
  • Tubuh kita memerlukan air yg banyak utk melancarkan fungsi organ penting. Tanpa air yg cukup, tubuh akan mengalami kekurangan oksigen yg menyebabkan kita cepat letih & mengantuk. Minum air secukupnya utk mencergaskan tubuh sekaligus mencerdaskan otak. Otak yg cerdas dapat menjadikan kita lebih sihat sekaligus menjaga kelangsungan & pertumbuhan sel-sel kulit supaya kelihatan awet muda.

Kredit: Terimakasih kepada Najihah, Kuala Lumpur (kiriman ke Majalah MIDI, Bil 104).

Thank you for reading.. Be the first to LIKE & SHARE ! Vamos
Unknown

Unknown

No comments:

Post a Comment

Say Something...

Powered by Blogger.