Breaking News
recent

Resepi Organik Homemade Cara Guna Serbuk Kulit Kayu Manis Madu Halia Melancarkan Metabolisma Sihat Langsing Awet Muda

madu & serbuk kulit kayu manis mempunyai kualiti penyembuhan semulajadi yg telah diamalkan sejak sekian lama. hasil kajian menunjukkan minyak pati dari kulit kayu manis & enzim madu menghasilkan hydrogen peroxide menjadikan kedua-dunya sebagai makanan anti-microbial yg mampu menghalang berlakunya jangkitan bakteria, kuman & kulat dlm tubuh. kedua-duanya juga boleh digunakan sebagai pengawet makanan tradisional semulajadi yg berkesan utk melanjutkan jangkahayat makanan.

Resepi 1
Didihkan 2 gelas air, masukkan 2 sudu kecil serbuk kulit kulit kayu manis & seketul halia sebesar ibu jari (dititik). Biarkan suam, kemudian masukkan 1 sudu kecil madu, kacau & minum.
Kelebihan & Khasiat Resepi 1
  • berupaya menghilangkan antara 2kg-5kg dari berat badan jika diamalkan selama 7 minggu berturutan.
  • menurunkan paras koleterol badan hingga 10% dlm masa 2 jam (sangat baik utk mereka yg menghadapi masalah radang sendi). mencegah berlakunya pengumpulan lemak dlm badan walaupun anda mengambil makanan yg berkalori tinggi.
  • mempercepatkan proses penghadaman makanan.
  • melancarkan pengeluaran toksin & sisa-sisa najis.
  • membuang angin & gas dlm badan.
  • mengeluarkan peluh (buang toksin secara sederhana).
  • mencegah kesakitan pra-haid, kekejangan otot & sengal-sengal sendi & tulang.
  • membantu merembeskan hormon ‘endorphin’ yg menggalakkan ‘mood’ ceria sepanjang hari.
  • mengatasi masalah rendah daya-libido bagi wanita (a.k.a masalah dingin seks).
  • mencegah dari berlakunya jangkitan kuman pada pundi kencing.
  • merawat masalah batuk, selesema, melegakan saluran hidung yg tersumbat & merawat masalah resdung.
  • menguatkan sistem imunisasi & melindungi badan dari serangan bakteria & virus.
  • mengekalkan kesegaran & kelembutan kulit, melewatkan proses penuaan.
  • merawat masalah jerawat & jeragat, juga boleh mencegah timbulnya jerawat & jeragat.
  • meningkatkan kepekaan, fleksibiliti & kekuatan badan bagi warga tua.
  • menguatkan deria pendengaran.
  • ramuan ini boleh disapu & diurut pada bahagian badan yg lenguh-lenguh & sengal-sengal, bermakna boleh meredakan radang sendi (arthritis). mengurangkan kadar asid pada makanan.

Resepi 2 
Campur 1 sudu besar madu & 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis, kacau sebati.. jadikan seperti jam & dimakan bersama roti ketika sarapan.

Kelebihan & Khasiat Resepi 2
  • kajian terkini oleh Copenhagen University membuktikan resepi ini membantu menurunkan paras kolesterol, melancarkan pernafasan, menguatkan fungsi hati & membebas saluran arteri & pembuluh darah yg tersumbat. 
  • oleh itu amalan resepi ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, lelah & lain-lain penyakit yg berkait dengan hati & saluran pernafasan. 

Resepi 3 
Sediakan segelas air suam, masukkan 1 sudu kecil madu & 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis, kacau & berkumur-kumur waktu pagi.

Kelebihan & Khasiat Resepi 3 
  • dapat menghilangkan bau mulut & menyegarkan nafas sepanjang hari!!! 
  • Pengambilan minuman serbuk kulit kayu manis bercampur madu dapat mengimbangkan kadar asid-alkali dalam badan, menjadikan badan anda lebih segar & cergas, di samping menggalakkan mood ceria utk bertugas sepanjang hari. Cubalah.. 

Thank you for reading.. Be the first to LIKE & SHARE ! Vamos..
Yatt Lateef

Yatt Lateef

No comments:

Post a Comment

Say Something...

Powered by Blogger.