Breaking News
recent

Rutin Penjagaan Kulit Lengkap Membersih Melulur Menyegar Melembap Melindung Menyubur Kulit Bersih Cantik

in order to keep your face looking as youthful as possible, you need to exercise a proper skin care routine, ok? sistem penjagaan kulit yg baik merangkumi aktiviti pre-cleansing, cleansing, exfoliating, toning, moisturizing, protecting & nourishing. i adore Jennifer Lawrence ^_^

Step 1 : Pre-Cleansing Method
Untuk orang-orang yg suka bersolek atau makeup, i suggest u guna pre-cleanser terlebih dahulu untuk buang sisa solekan dengan sempurna. Sisa solekan yg tertinggal pada kulit akan meyumbat pori-pori & seterusnya ia akan mengeras & lekat di dalam, akhirnya menyebabkan terjadinya jerawat, blackheads & whiteheads. i paling suka pre-cleanser yg bersifat semulajadi & organik. I buat sendiri pre-cleanser hasil gabungan minyak kelapa dara, lecithin, glycerin, minyak biji bunga matahari & minyak argan! this pre-cleanser works wonders on my skin, it's a very simple formula to keep my skin clean & glowing ^_^ contoh pre-cleanser yg terjual di pasaran ialah sebarang produk yg tertulis 'cream cleanser, cleansing milk, cleansing oil, makeup remover' & all such..
.
Step 2 : Cleansing
Seterusnya bersihkan kulit dengan sabun atau sebarang pencuci muka pilihan hati. Sejak dulu lagi, i suka sabun yg berasaskan glycerin kerana selain membersih, ia juga menjaga lembapan asli kulit. Lepas cuci muka, kulit terasa segar & lembut, tak terasa mencengkam kekeringan & tak juga mengelupas (macam brutal sangat je perkataan mencengkam kekeringan tu..) tapi u all faham kan? good job..
.
Step 3 : Exfoliating 
  • Exfoliate ialah proses pelupusan sel-sel kulit mati yg menompok pada kulit. Teori nya begini, semakin tebal sel kulit mati bermakna semakin kusam & semakin pudar seri wajah. Simple? It is.. Sel kulit mati boleh dibuang dengan penggunaan scrub. My choice always goes for organic & homemade. It's safe & pure.
  • Ada bermacam-macam produk facial scrub yg terdapat di pasaran, mudah-mudahan u all jumpa formula terbaik yg sesuai dengan keadaan kulit masing-masing. Skrub muka hendaklah dilakukan 2-3 kali seminggu untuk menimbulkan sel-sel segar di bawah kulit sebagai menggantikan sel-sel kulit mati yg telah dibuang sebelumnya.
.
Step 4 : Toning 
'Toner' termasuk dalam asas penjagaan rutin kecantikan yg sangat penting bagi semua orang. Secara asasnya, toner mengandungi ramuan penting untuk mengangkat sisa kotoran yg masih terlekat pada kulit. Selain membersih, ia juga menyegarkan kulit & membantu merapatkan pori-pori yg terbuka semasa membersih & aktiviti scrubbing.

.
Step 5 : Moisturizing 
Disebabkan bumi Malaysia beriklim panas & hujan sepanjang tahun, maka sifat kulit kita semulajadi berminyak & berpeluh, ramai lah yg menyangka sesi melembap kulit tidak begitu penting. I tak kata salah. I tak kata betul. Masing-masing ada pendapat sendiri. Yg i tau, i melembap kulit setiap hari menggunakan pati mineral sulfur di siang hari & serum vitamin C di malam hari. Kedua-dua pati sulfur & serum vitamin C inilah yg membantu menambah keyakinan diri i untuk keluar rumah tanpa bedak & makeup tebal. For me, beauty items yg i selalu guna semasa keluar rumah ialah bedak pixy (natural white), lip cheek stain/balm (pilihan warna ikut mood) & purple/black eye shadow. tu je ^_^
.
Step 6 : Protecting 
Ye, dalam keadaan suhu panas mencecah 37 darjah Celcius, kadang2 38 darjah Celcius, u have no choice but to backup with the best sunblock cream to protect your skin from harmful UV rays. Pendedahan terlalu lama & kerap di bawah cahaya matahari akan menyebabkan kulit terbakar (sunburn), cepat berkedut, naik jeragat, menjadi sensitif, kusam, pengeluaran melanin menjadi tak stabil & berkemungkinan kena kanser kulit, that's it.. so my darling, sunblock is a must item, put it well before going out under the sun.. 
.
Step 7 : Nourishing 
  • Nourishing ialah keperluan penjagaan tambahan yg disarankan untuk kulit yg memasuki era matang, khususnya bagi wanita 35 tahun ke atas. Contoh produk yg boleh digunakan ialah yg mengandungi unsur-unsur mineral yg berkhasiat. Bila saja melepasi lapisan kulit kedua, khasiat itu diserap & dieksploit secara maksima untuk tugas penghasilan serat collagen & memberi kesan pemulihan terhadap masalah parut & jeragat.
  • Selalunya produk-produk begini dilengkapi dengan minyak yg agak 'heavy' & 'exotic'. I tak pasti samada ia sesuai dengan kulit orang Malaysia atau tidak, but u can always give it a try.. Antara yg popular ialah Argan Oil. As for me, until now, i tak perlukan produk yg terlalu kompleks dengan kandungan minyak tepu sebegitu kerana i sudah memiliki Mineral Perfecting Essence (Pati MSM Sulfur) yg sedia bertindak melembap, menyubur & memulih semua kerosakan kulit yg i alami sebelum ini. alhamdulillah..
Are you happy with my little explanation on skin care routine? Do u like it?

Thank you for reading.. Be the first to LIKE & SHARE ! Vamos..
Yatt Lateef

Yatt Lateef

No comments:

Post a Comment

Say Something...

Powered by Blogger.