Breaking News
recent

Tips Mencerahkan Kulit Gelap Siku Lutut Kaki Celah Peha Ketiak Buat Sendiri Resepi Natural Body Scrub

Rahsia ke arah memiliki kulit yg sihat & jernih adalah merutinkan teknik pelembapan & pengelupasan sel-sel kulit mati secara berterusan. Warna kulit menjadi gelap & hitam hasil dari penimbunan sel-sel mati yg semakin menebal dari hari ke hari. Dipendekkan cerita, pemakaian sabun sahaja tidak mencukupi.

Dewasa ini, kita menjadi semakin berhati-hati dlm menggunakan rangkaian produk pelunturan kulit yg dijual di pasaran kerana ia melibatkan penggunaan bahan peluntur berkimia (bleaching agents) yg boleh menjejaskan kesihatan & kestabilan struktur kulit pada masa akan datang.

Di sini, i berikan resepi mudah, u all boleh buat sendiri utk lupuskan sel-sel kulit mati, sekaligus melembapkan kulit. Resepi ini berasaskan 100% bahan-bahan semulajadi, maka dijamin selamat walaupun digunakan setiap hari & yg lebih penting ianya berkesan!
Sedia? Ingredient Listings
  • 2 sudu besar Gula Halus (bukan gula icing)
  • 1 sudu kecil Soduim Bicarbonate (don't tell me you don't know this)
  • 1 sudu kecil Virgin Coconut Oil / Olive Oil
  • 1 sudu kecil Glycerin (u can find this at bakery supplies, quite cheap)
  • 1 sudu kecil Cuka Epal (u can substitute with lime/lemon juice)
  • Sedikit Madu
  • Secubit Serbuk Kulit Kayu Manis (if you're allergic to cinnamon, then avoid)
  • Beberapa titik Vanila Extract (nak bagi wangi je, cari kat bakery supplies)
Cara Buat
  • Masukkan satu persatu bahan ke dlm mangkuk, kacau sebati, sedia digunakan. Ramuan akan kelihatan berbuih sekejap disebabkan percampuran alkali (sodium bicarbonate) & asid buah (cuka epal/lime/lemon).
Cara Guna
  • Basahkan bahagian siku, lutut & kaki.
  • Ambil ramuan & gogok ke bahagian yg berkenaan secara memutar.
  • Bilas bersih, lap kering.
  • Tengok la hasilnya, u all pasti suka.
  • Boleh buat setiap hari, sekali sehari, sebelum masuk tidur.
  • Resepi ini juga boleh menghaluskan kulit tapak kaki retak & pecah. Amalkan berterusan utk hasil yg berkesan.

Buat sendiri Skrub Badan Semulajadi utk hasil kulit bersih halus lembut cerah segar menggunakan bahan2 dapur pada kos yg murah ^_^

Selamat mencuba..

Thank you for reading.. Be the first to LIKE & SHARE ! Vamos
Unknown

Unknown

No comments:

Post a Comment

Say Something...

Powered by Blogger.